Monday, November 30, 2009

NIK AZIZ : LETAK JAWATAN

Jika dilihat dari segi latar belakang seornag insan yang diberi gelaran Mursyidul Am PAS malah telah menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri kelantan , Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan lah seorang yang calang-calang orangnya. TGNA cukup matang didalam Arena Politik PAS dan Politik Malaysia. Pada asal penubuhan PAS hanya ingin memperjuangan hukum HUDUD Islam di Malaysia agar undang-undang Islam tersebut dapat direalisasikan di Bumi Malaysia yang majortinya adalah beragama Islam. Persoalanya adakah ianya bersesuaian jika undang-undang tersebut dijalankan di Malaysia? Sudah tentu jawapanya tidak. Ini kerana Hukum Hudud tidak dapat diterima oleh kaum atau bangsa yang menganut agama selain daripada Islam. Sudah tentu jika sesebuah Negara itu mengamalkan Undang-undang Islam , seluruh rakyat yang bermastautin di Negara itu perlu mengikut Undang-undang tersebut. Jika Undang-undang tersebut dijalankan kepada Orang Islam sahaja , ini jelas memperlihatkan bahawa Imej Islam akan semakin tercermar. Bukan sahaja kepada Umat Islam Malaysia atau Melayu , malah individu yaang dijatuhi hukuman tersebut juga akan terasa seolah dirinya Diaibkan secara terang-terangan.

Nik Aziz atau TGNA , pelbagai pemberontakan dan perpecahan Kaum Melayu yang berAgama Islam telah berlaku disebabkan oleh Nik Aziz , malah isu yang terbaru juga yang berjaya dibongkarkan oleh segelintir rakyat Malaysia yang menemui alibi kepada Sumpah Setia Bai'ah cerai Isteri Talak 3 sekiranya melompat parti juga dapat dibongkarkan. Allah ingin menunjukan dimana kebenaran setiap tuduhan kaum yang digelar oleh TGNA sebagai KAFIR adalah benar dengan membuka mulut seorang isteri kepada ADUN Shah Alam yang menyatakan bahawa perkara tersebut adalah benar. Persoalanya adakah benar perkara tersebut ada disebutkan oleh Allah dan ada tertulis didalam Al-Quran? jawapanya sudah tentu tidak. Tidak cukup dengan itu , Allah memperlihatkan ke takburan TGNA dengan meminta doa agar diberikan bala kepada Pucuk Pimpinan nombor satu Negara Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sekiranya enggan memberi royalti minyak kepada kerajaan Negeri Kelantan.

Adakah TGNA akan melepaskan segala jawatanya di Dalam Kerajaan Negeri mahu pun Arena Politiknya....? Ikuti sambungan atikel ini disiri yang lain...